ISHSAM SHAHRUDDIN

Maklumat Diri
Asal
Sungkai, Perak
Tarikh lahir
31/8/1966

Ishsam Shahruddin merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti undi 2,213

Beliau merupakan pemain terhebat pada eranya dan pernah merangkul gelaran Piala FA yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1990 bersama skuad Seladang ketika itu.

Ishsam yang mesra dipanggil Sham memberitahu karier bolanya bermula sebagai 'centre striker', satu posisi yang tanggungjawabnya amat besar.

Setelah bersara dari bermain, Ishsam telah menjadi seorang usahawan dan kontraktor, dan turut bergiat aktif dalam politik.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah urusan Ambang Korporat Sdn. Bhd. (2011-Sekarang)
  • Pengurus Operasi Grand Era Sdn. Bhd. (1996-2000)
  • Bank Bumiputera Malaysia Bhd (Cawangan Ipoh Garden) (1988-1996)
  • Pemain Bola Sepak, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) (1984-1996)

Penglibatan

  • Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tapah
  • Ketua UMNO Bahagian Tapah
  • Ketua UMNO Cawangan Kampung Rahmat, Bidor
  • Pengerusi Surau An-Nur, Desa Seri Ampang
  • AJK Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
  • Ahli Majlis Daerah Tapah
  • Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Perak
  • YDP Persatuan Bola Sepak Batang Padang
  • Pengerusi Koperasi Juara Tapah Bhd
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Pemadam Tapah
  • Naib Pengerusi II Persatuan Kebajikan Orang-Orang Kurang Upaya
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pengurusan, Open University Malaysia (OUM) (2008-2013)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani (1982-19983)
  • Sekolah Menengah Kebangsaa Hamid Khan (1979-1981)
  • Sekolah Kebangsaan Sungkai
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P72 Tapah N48 Ayer Kuning