Faezah Ishak merupakan calon Barisan Nasional mewakili Parti UMNO bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N9 Tahan, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Antara fokus yang diketengahkan oleh beliau untuk DUN Tahan ialah komited dalalm memacu Tahan maju melalui agenda Agro-Pelancongan dan Eco-Pelancongan.
Selain itu, beliau ingin membangunkan modal insan serta infra untuk masyarakat orang asli serta proaktif dalam merancang dan melaksanakan Pelan Tindak Kesiapsiagaan menghadapi banjir dan benjana.
Bukan itu sahaja, beliau juga akan tegas dalam melindungi Hak Asasi Wanita dan Kanak-kanak.
Faezah Ishak juga akan serius dalam menangani isu sosial dan kebajikan, pendidikan dan kesihatan warga Tahan.
Dasar Sekuriti Makanan Negara juga menjadi fokus beliau dengan berhasrat untuk membangunkan Tahan sebagi hub pengeluaran makanan, melaksanakan tindakan bersepadu bersama agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, FELDA serta memperkenalkan dan menggunapakai penyelesaian teknologi bagi impak yang lebih ekonomik.