MOHD ABD JAWAAD ABD GHAFAR RAZMIN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Peruas, Dong, Pahang

Mohd Abd Jawaad Abd Ghafar Razmin merupakan calon Pakatan Harapan mewakili Parti Amanah Negara bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Dong, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Mohd Jawaad adalah anak peneroka Felda di mana beliau Pindah Ke Felda Tersang bersama keluarganya ketika beliau di bangku persekolahan. 

Beliau dalah anak kelahiran Dong, Iaitu Kampung Peruas. Beliau membesar di Dong dan mempunyai ramai saudar-mara di Ulu Dong, Lembah Klau & Ulu Gali.

Ayahndanya Abd Ghafar atau lebih dikenali dengan gelaran Haji Mi, adalah anak kepada arwah Cikgu Rashid.

Selain itu, beliau adalah cicit kepada arwah Cikgu Salleh aitu Guru Besar pertama di S.K. Ulu Dong. Atuknya pula ddalah arwah Cikgu Rashid, juga seorang guru yang berwibawa dan nenetap di Kampung Peruas, Ulu Dong.

Ayah saudaranya pula adalah Razlan Abd Rashid atau lebih mesra dengan gelaran Penghulu Lan. Beliau pernah menjadi Penghulu bagi Mukim Ulu Dong.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan

Jawatan dalam NGO:

  • Persatuan Ping Pong Tersang
  • Persatuan Sukan & Rekreasi Serta Sarjana Raub
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P80 Raub N8 Dong