FADZLI BIN MOHAMAD KAMAL

Fadzli Bin Mohamad Kamal merupakan calon Barisan Nasional mewakili UMNO bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Dong, Pahang ada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 6,182 undian dengan majoriti undi sebanyak 1,086. 

Berumur 42 tahun dan merupakan cucu kepada Almarhum Haji Isa Imam Rawi di Kg. Tanjung Putus, Dong dan pengusaha gula kabong. 

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Sains Malaysia.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam bidang politik adalah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda Barisan Nasional Pahang serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Dong
  • Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Pahang (2022-kini)
  • Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2019-2022)
  • Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan (2013-2018)
  • Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri (2012-2013)
  • Penolong Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran (2004-2009)

Penglibatan Politik:

  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang
  • Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda Barisan Nasional Pahang
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub

Penglibatan dalam NGO:

  • Presiden Kelab Anak Raub
  • Setiausaha Agong Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP)
  • Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Daerah Raub (MCPF)
  • Penaung Persatuan Ragbi Daerah Raub

Darjah Kebesaran:

  • Ahli Mahkota Pahang (AMP)
  • Darjah seri Melaka (DSM)
  • Mejar (Kehormat) Angkatan Sukarela Persekutuan
Pendidikan:
  • Presiden Majlis Penghuni Desasiswa Cahaya di Universiti Sains Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian di Universiti Sains Malaysia
  • SMK Dato Shahbandar Hussain, Raub
  • SMK Mahmud Raub
  • SK Mahmud Raub
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P80 Raub N8 Dong