KHAIRIL KHALID

Khairil Khalid merupakan calon Pakatan Harapan mewakili Parti DAP bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Pulau Manis, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Peguam, Muhammad Khairil Khalid mengakui tugas getir menantinya sebagai calon DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis di bawah Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun itu tidak melemahkan semangat anak kelahiran Subang Jaya itu untuk bertanding di kubu kuat BN.

Muhammad Khairil pernah menjawat jawatan Pegawai Penyelidik Pejabat Speaker Selangor selama dua tahun mulai tahun 2014.

Anak kelahiran Perak itu berkata, pengalamannya sebagai pegawai khas ADUN Tanah Rata sebelum ini digunakan sebaik mungkin dan kelebihan buatnya kerana mengetahui selok-belok kawasan tersebut.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu ADUN Subang Jaya (2014-2016)
  • Pegawai Penyelidik, Pejabat Speaker DUN Negeri Selangor (2014-2016)
  • Peguam Pembantu (Legal Associate), Tetuan Rahmat Lim & Partner (2016)
  • Peguam Pembantu (Legal Associate),  Tetuan Gobind Singh Deo & Co (2016)
  • Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (2020-2022)
  • Rakan Kongsi Tetuan Abbas Khairil & Partners (2016-kini)
Pendidikan:
  • Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (UiTM)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) UiTM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P85 Pekan N20 Pulau Manis