Sulaiman Bakar merupakan calon parti bebas yang bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Antara manifesto yang dibentangkan olehnya pada PRU15 adalah, memperjuang nasib ibu tunggal dan anak anak yatim, mewujudkan industri pembuatan eletrik dan elektronik dan lain lain industri.
Selain itu, memberikan peluang kerjaya penduduk untuk meningkatkan pendapatan dan tingkatkan kemudahan asas terutamanya Jalan Raya dan Lampu Jalan Raya daripada Muadzam Shah ke Kuala Rompin
Beliau juga berhasrat untuk memajukan kegiatan pelancongan, perniagaan dan pertanian serta mewujudkan beberapa pusat Pengajian Tinggi Akademik / Agama Rompin.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Dun Tioman akan menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon Gerakan Tanah Air (GTA), Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Perikatan Nasional(PN), Barisan Nasional (BN) dan juga seorang calon bebas.