ZAINAL AZMAN ABU SEMAN

Maklumat Diri
Asal
Sg. Bayor, Selama, Perak

Zainal Azman Abu Seman merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Kuala Sepetang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Dato’ Zainal Azman Abu Seman adalah mantan pegawai kanan perkhidmatan awam.

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Agrotani dan Setiausaha (SUK) Kerajaan Negeri Perak.

Beliau adalah lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ijazah lanjutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dalam pelbagai agensi kerajaan, selain dari menghadiri pelbagai kursus profesional di University of Columbia, National University of Singapore (NUS) dan pelbagai universiti antarabangsa yang lain.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Agrotani
  • Setiausaha (SUK) Kerajaan Negeri Perak
Pendidikan:
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Ijazah lanjutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Digital Marketing : Strategies, Models and Frameworks NUS Business School, Singapore
  • Senior Management Program, University Columbia, USA
  • Maritime Enforce in EEZ, University of Wollongong, Australia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P59 Bukit Gantang N13 Kuala Sepetang