Ho Fong Mee merupakan calon Barisan Nasional mewakili Parti MCA bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri N4 Cheka, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau akan bertanding bagi merebut kerusi DUN tersebut bersama Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dari Parti Perikatan Nasional mewakili PAS, Dr Rasid Muhamad dari Pakatan Harapan (PKR) dan Aishaton Abu Bakar dari Gerakan Tanah Air (PEJUANG).
Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang adalah Pengerusi MCA Bahagian Lipis, Pengerusi MCA Cawangan Cheka, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Lipis, AJK Perhubungan MCA Negeri Pahang, Pengerusi MCA Cawangan Batu Kurap dan Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Lipis.