MOHD ROSTAM BIN MUSTAPHA

Mohd Rostam  Mustapha merupakan calon Parti Pejuang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri N3 Padang Tengku, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau merupakan seorang Jurutera Kimia di Kota yang akhirnya pulang ke Berchang untuk menjaga ibunya dan kini berhasrat untuk menjaga Padang Tengku. 

Bapanya ialah Allahyarham Mustapha Bin Idris, seorang  Guru Besar di SK Berchang manakala ibunya Zainuriah Binti Mohd Zabidi, seorang pesara guru. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Jurutera proses
  • Usahawan Van Kechill
  • Pengarang Buku
  • Ketua Pegawai Operasi Neon Terbit

Jawatan dalam politik:

  • Setiausaha Parti Pejuang Tanah Air Lipis
  • Bekas Ketua Penerangan Pejuang Muda Pahang

Jawatan dalam NGO:

  • Setiausaha NGO Sahabat Warisan Lipis
Pendidikan:
  • Diploma Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Pahang (2006)
  • SK Berchang  (1994)
  • SM Clifford (1997)
  • SM Teknim Kuala Lipis (1999)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P79 Lipis N3 Padang Tengku