MOHD YAZID BIN MOHD YUNUS

Mohd Yazid Mohd Yunus merupakan calon Perikatan Nasional mewakili Parti Bersatu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N18 Lepar, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 8,436 undian dengan majoriti undi sebanyak 419.

Mohd Yazid Mohd Yunus adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang telah memenangi jawatan tersebut pada Pemilihan Agung Tahunan sesi 2019-2022 pada 23 Ogos 2020. 

Beliau adalah Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang dan memangku jawatan Setiausaha Badan Pimpinan Negeri sehingga Mac 2021. Memenangi Jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pada 19 April 2021. Beliau juga adalah Ketua Bahagian Paya Besar P084, Pahang.

Beliau juga adalah Pengasas awal sehingga tertubuhnya Bersatu Bahagian Kuantan, namun beliau melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Kuantan dan menjadi Ketua Bahagian Paya Besar pada February 2017. Beliau terus memimpin sebagai Ketua Bahagian Paya Besar oleh kerana menang tanpa bertanding di pemilihan peringkat Bahagian pada February 2020 dan penggal jawatan berakhir pada 2023

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Lepar
  • Ahli Perniagaan, Pembinaan Electrical & Komunikasi (1992 - sehingga kini)
  • Pemain Hoki Sepenuh Masa Psukan De'Tas Pahang (1991 - 1995)
  • Jurulatih Hoki Pahang Sepenuh Masa & Separuh Masa (1995 - 2010)
  • Pengerusi Nafas Estate (NAFAS, 2020 - 2021)
  • Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Kuantan (2020 - sehingga kini)
  • Naib Presiden Persatuan Hiki Pahang 
  • Jurulatih Hoki di Sk Lepar Hilir 2, Sk Lepar Hilir 3
  • Pelatih Skuad Hoki Remaja Malaysia
  • Setiausaha NGO Pertubuhan Rakyat Terus Bergerak Kehadapan 
  • Pemain Hoki Professional 
  • Pengadil Hoki Kebangsaan 
  • Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan 
  • Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Ko - Best

Penglibatan Politik 

  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia (2020 - sehingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Pahang (2021 - sehingga kini)
  • Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang (2020 - sehingga kini)
  • Setiausaha Negeri BERSATU Pahang (2017 - 2020)
  • Ketua Bahagian BERSATU Paya Besar (2017 - sehingga kini)
  • Biro Agama BERSATU Malaysia (2020 - sehingga kini)
  • Pengarah Pilihanraya: PRK Cameron Highland (2019)
  • Pengerusi Logistik BGU (PRN Johor) 2022
  • Ketua Badan Pimpinan Kawasan Perikatan Nasional Paya Besar
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, UMP
  • Diploma Operasi dan Pengurusan Projek, UMP
  • Sijil Usahawan, Australia
  • SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P84 Paya Besar N18 Lepar