RICHARD RAPU

Dr Richard, 59, adalah seorang doktor haiwan dan juga setiausaha politik perdana menteri, telah dicadangkan oleh ADUN Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah dan disokong oleh ADUN Saribas Mohd Razi Sitam untuk bertanding di parlimen P204 Betong, Sarawak mewakili GPS. 

Dr Richard sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Betong meraih 16,479 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,302.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Betong (2022)
  • Doktor Perubatan Veterinar (D.V.M), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang Selangor.
  • Julai 2016 – kini: Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Sarawak
  • Mei 2013 – 9 Mei 2016: Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
  • Mei 2008 – April 2013: Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia
  • 1995 – April 2008: Mengamalkan Doktor Veterinar dan Ahli Perniagaan
  • 1988 – 1995: Pegawai Veterinar dan Ketua Projek, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

Jawatan dalam politik:

  • 2005 – sekarang: Setiausaha Bahagian Bukit Saban
  • 2006 – 2009: Ahli Exco Pusat Pemuda PBB Negeri
Pendidikan:

Tiada Maklumat

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P204 Betong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada