EDWIN ANAK BANTA

Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memberi kepercayaan kepada Edwin Banta, 57, untuk merampas semula kerusi Parlimen Selangau daripada pembangkang.

Edwin, yang merupakan setiausaha politik kepada Perdana Menteri dan pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, adalah antara 31 calon yang menerima watikah pelantikan mereka daripada gabungan itu di Kuching hari ini..

Beliau telah menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri sejak 2016 dan merupakan timbalan pengerusi PRS Tamin.

Beliau juga merupakan ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Perumahan Sarawak (HDC) dan Persatuan Peladang Negeri Sarawak. Edwin juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan dan kini merupakan bendahari Persatuan Kelapa Sawit Dayak (Doppa).

Berkahwin dengan Cecelia Vincent Entering dan dikurniakan tiga anak – Melanie Ejah, Lybrand Barieng, dan Nathaniel Begam.

Edwin sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Selangau meraih 16,078 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 4,986.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Selangau (2022)
  • Setiausaha politik kepada Perdana Menteri
  • Timbalan pengerusi PRS Tamin.
  • Ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Perumahan Sarawak (HDC) dan Persatuan Peladang Negeri Sarawak.
  • Bendahari Persatuan Kelapa Sawit Dayak (Doppa).
Pendidikan:
  • Sarjama Pengurusan Perniagaan, Ohio Universiti, USA
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P214 Selangau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada