MOHAMAD SHAFIZAN

Shafizan sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Batang Lupar meraih 19,627 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 14,463.

Selepas tujuh penggal berkhidmat kepada penduduk pesisir pantai sebagai ahli parlimen, Dato Sri Rohani telah menggantikan kedudukannya kepada Mohamad Shafizan Kepli, yang akan menjadi calon GPS bagi Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Rohani akan digantikan oleh Shafizan berusia 37 tahun dari Kampung Pusa di Benting Maro, yang merupakan calon termuda GPS pada PRU15

Beliau juga merupakan bekas Penyelia Kemas Daerah, yang berkhidmat lama di kampung halamannya.

Bapa kepada empat anak dari Kampung Tengah, Pusa ini bukan asing kepada penduduk kampung, kerana ibunya Saftuyah Sain juga adalah veteran politik di kawasan tersebut.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Batang Lupar (2022)
  • Bekas Penyelia Kemas Daerah

Jawatan dalam parti:

  • Ketua pemuda PBB Beting Maro
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada