Bekas Pengarah Imigresen Melaka Joseph Nyambong mengesahkan dirinya akan bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).
Joseph merupakan anak tempatan Machan dan berasal dari Rumah Bantan Nanga Rassan Machan, Kanowit. Beliau berkelulusan Ijazah sarjana muda dalam sains sosial (USM) serta Diploma Pentadbiran Awam (INTAN). isu masyarakat setempat menjadi antara fokus utama perjuangan beliau agar diberi perhatian rakyat di DUN Machan.
Joseph akan bertanding pada Pru15 mewakili PKR di Parlimen P210 Kanowit, Sarawak.