WONG TIING KIONG

Perebutan kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini semakin 'meriah' apabila seorang ahli perniagaan di sini, Kapitan Dato Wong Tiing Kiong mengesahkan dirinya akan bertanding.

Wong, 60, yang telah membeli borang pencalonan PRU15 di pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada petang Khamis akan bertanding sebagai calon Bebas.

Dilahirkan dan membesar di Sibu, Wong adalah seorang yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Sibu. Beliau dikenali sebagai seorang yang peramah, lantang dan sangat rendah hati.

Membesar di kawasan Paradom pada zaman mudanya, Wong berpindah ke Sibu selepas keluarganya memindahkan perniagaan perkakasan mereka ke Sibu.

Beliau belajar di SMK Tung Hua dan dengan pengakuannya sendiri, dirinya bukanlah seorang pelajar yang bijak.

Menjelang usia 30 tahun, Wong sudah terlibat secara aktif dalam perniagaan.

Mengenai keputusannya untuk bertanding dalam pilihanraya, Wong berkata, semuanya bermula sebagai gurauan apabila beberapa rakan mencabarnya untuk bertanding di Lanang.

Wong pada dasarnya adalah orang baharu dalam politik dan PRU15 akan menjadi perjuangan sulungnya. Beliau berkata jika beliau memenangi pilihanraya ini, beliau akan bekerja keras untuk memberi sama rata kepada semua orang dan juga akan menangani isu masyarakat dan melihat masalah yang dihadapi oleh peniaga. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan 
Pendidikan:
  • SMK Tung Hua
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P211 Lanang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada