CHIEW CHOON MAN

chiew choon Man sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Miri meraih 39,549 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 6,159.

Untuk pilihan raya umum ke-15 ini, Pengerusi PKR Dato Sri Anwar Ibrahim telah menggantikan Dr Teo dengan calon baru chiew choon Man 31, dengan asbab parti itu memerlukan calon yang lebih muda untuk memastikan ia mengekalkan kerusi itu.

Calon PH-PKR Chiew Choon Man yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak mempunyai tanggungjawab besar untuk mengekalkan komposisi kerusi Pakatan Harapan (PH) setelah Dr Michael Teo Yu Keng memegang kerusi terbabit selama dua penggal sejak 2013.

Sementara itu, Parlimen P219 Miri turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon GPS, Jeffery Phang Siaw Foong, 48, calon Pakatan Harapan (PH), Chiew Choon Man, 31 dan bekas Datuk Bandar Miri yang juga dari PSB, Lawrence Lai Yew Son, 62.

Ketiga-tiga calon yang pertama kali bertanding akan merebut kerusi Parlimen P219 Miri 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Miri (2022)
  • Peguam & Rakan Kongsi, Tetuan KK Tan & Partner. (2022)
  • Peguam & arakan Kongsi, Tetuan William Leong & Co (2016)

Penglibatan Politik 

  • Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak & Ketua AMK Cabang Miri, Parti Keadilan Rakyat (2022)
  • Pengerusi Biro Guaman dan Undang Undang AMK Malaysia & Timbalan Ketua AMK Sarawak, Parti Keadilan Rakyat (2019)
Pendidikan:
  • LLM, Universiti Malaya. (2021)
  • LLB, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah (2016)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P219 Miri

Kerusi Bertanding DUN: Tiada