ELLI LUHAT

Profesor Dr. Elli Luhat ialah ahli pertanian / saintis pertanian yang terkenal di dunia. Dia satu-satunya lelaki di Malaysia malah di seluruh dunia yang mempunyai buku lengkap dengan fakta tentang MA63 dan isu Tanah di Sarawak. Buku itu diberikan secara peribadi oleh Baginda mendiang Ratu Elizabeth II. 

Beliau adalah saintis merangkap aktivis sosial berusia 65 tahun. Ini kali pertama beliau menceburi bidang politik. Beliau tidak pernah bertanding sebelum ini. Eli, yang merupakan seorang Kayan dari Rumah Kamarau, Ulu Sungai Ranan di Kanowit, berkata slogan kempennya hanyalah “Undi Saya untuk Perubahan”

Beliau dikatakan akan bertanding dengan tiket bebas di parlimen P210 Kanowit, Sarawak. Eli adalah salah seorang daripada tiga calon bebas yang berdepan penyandang kerusi itu Datuk Aaron Ago Dagang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Calon lain ialah George Chen yang menggunakan simbol buku dan Michael Lias yang menggunakan simbol kerusi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli pertanian / saintis pertanian 
  • Ahli, Lembaga Pengarah di institut Getah Malaysia
  • Bekerja di Syarikat DLT Group
Pendidikan:
  • Phd Perhutanan Industri, Hawaii Pacific University (1997)
  • M.Sc - Ekonomi Hutan, Stephen F. Austin State University (1986)
  • Sarjana Muda Sains dalam Perhutanan, Iowa State University, Amerika Syarikat (1984)
  • Diploma Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (1981)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P210 Kanowit

Kerusi Bertanding DUN: Tiada