ZULHAIDAH SUBOH

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Zulhaidah Suboh bukanlah nama baharu dalam arena politik khususnya di kawasan Sibuti.

Pengerusi PKR Cabang Sibuti telah dinamakan untuk menghadapi penyandang Lukanisman Awang Sauni daripada Gabungan Parti Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata beliau akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat dan akan meneruskan agenda memperjuangkan kemudahan asas dan infrastruktur di Sibuti.

Zulhaidah juga merupakan pengasas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sibuti; giat menjalankan pelbagai program out-reach komuniti untuk membantu golongan yang memerlukan seperti program Peka B40, dan menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada kanak-kanak B40.

Kerusi Sibuti dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang antara GPS, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan PKR.

Bagi Parlimen Sibuti yang merupakan kerusi tradisi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), penyandangnya Lukanisman Awang Sauni calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulhaidah Suboh dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Bobby William.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Kerani Akaun, Wehaya Sdn Bhd, Miri (2002 - 2007)
  • Executive Operation, Enro Analisa Sdn. Bhd, Miri (2008 - 2011)

Penglibatan Politik 

  • Aktivis Parti Keadilan Nasional (1999)
  • Setiausaha Cabang, Parti Keadilan Rakyat, Miri (2006 - 2009)
  • Miri / Dun - Piasau Ketua Wanita (Ranting Pisau), Parti Keadilan Rakyat, Miri (2006 - 2009)
  • Timbalan Ketua Wanita Negeri, Parti Keadilan Rakyat, Sarawak (2002 - 2005)
  • Timbalan setiausaha Negeri, Parti Keadilan Rakyat (2006 - 2009)
  • Timbalan Pengerusi Integrity Negeri, Parti Keadilan Rakyat, Sarawak (2006 - 2009)
  • Menang pemilihan parti Exco AMK Nasional, Parti Keadilan Rakyat (Nasional) (2010 - 2013)
  • Calon Pilihanraya Negeri ke 12, Parti Keadilan Rakyat (2011)
  • Berpindah Anggota ke Cabang Sibuti, Parti Keadilan Rakyat (2018)
  • Menang pemilihan parti Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Parti Keadilan Rakyat (Sibuti) (2019 - 2021)
  • Ketua Wanita Sibuti, Parti Keadilan Rakyat (2018 - 2021)
  • Calon Pilihanraya Negeri ke 12 Sarawak, Parti Keadilan Rakyat (Sibuti) (2021)
  • Ketua Cabang, Parti Keadilan Rakyat (Sibuti) (2022 - 2025)
Pendidikan:
  • IBS Kolej, Miri (2008 - 2010)
  • SMB St. Joseph, Miri (1991)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P218 Sibuti

Kerusi Bertanding DUN: Tiada