DUKE ANAK JANTENG

Ketua Penerangan Bersatu Sarawak Duke Janteng menggesa kepimpinan Perikatan Nasional meletakkan dirinya sebagai calon DUN Kemena. Duke berkata pencalonannya disokong majoriti ahli Bersatu di Bintulu.

Meskipun beliau bertanding atas tiket Bersatu, namun dirinya tetap menyokong Gabungan Parti Sarawak GPS di peringkat pentadbiran, tambahnya lagi. 

Duke berkata dia sedar sekiranya dibenarkan oleh pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon, dirinya akan berdepan dengan calon GPS yang mempertahankan kerusi itu.

Bagaimanapun, dakwanya dia hanya bertindak mengikut kehendak ahli akar umbi Bersatu di sana.

Sejak Bersatu menjejakkan kaki ke Sarawak pada 2018, Duke berkata dia giat menganjurkan aktiviti parti di Bintulu, kawasan terletaknya DUN Kemena.

Dia mendakwa Bersatu mempunyai lebih 23,000 ahli di kawasan Bintulu yang mana 13,000 daripadanya sahaja berada di Kemena.

Dakwaan Duke itu bermakna hampir setiap pengundi di Kemena merupakan ahli Bersatu kerana, pada pilihan raya 2016, terdapat 12,991 pemilih berdaftar di kawasan itu.

Pada Pru15, beliau sedia bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) menentang dua lawannya Chiew Chan Yew (PH) dan juga Tiong King Sing (GPS). 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Penerangan Bersatu Sarawak
  • Bekerja di Maritim, Malaysia
Pendidikan:
  • Penuntut Open Universiti Malaysia.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P217 Bintulu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada