Lidang Disen merupakan calon GPS bertanding di Parlimen P192 Mas Gading, Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
kali ini, GPS mencalonkan wakil baru Lidang Disen, manakala PBK diwakili oleh Sim Min Leong, dan penyandang Mas Gading dari DAP.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Mas Gading Lidang Disen berjanji akan melakukan yang terbaik untuk merampas kerusi parlimen itu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Lidang, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep dan ADUN Opar Billy Sujang.