AMINUDDIN BIN YAHAYA

Maklumat Diri
Asal
Temerloh, Pahang

Aminuddin Bin Yahaya yang berasal dari Kampung Songsang, Temerloh merupakan calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) bertanding bagi kerusi Parlimen P88 Temerloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau bersekolah rendah di SK Jalan Bahagia, Temerloh manakala menghabiskan zaman sekolah menengahnya di SMK Temerloh dan SEMSAS, Kuantan.

Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke UiTM dalam Diploma Perakaunan sebelum terbang ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian Sarjana Muda Perakaunan di University of Huddlesfield. Beliau seterusnya mendapat sijil professional akauntan ACCA dari Emile Wolf School of Accountancy, United Kingdom.

Pulangnya beliau ke Malaysia, beliau berkhidmat di syarikat antarabangsa terkemuka Ernst & Young, serta agensi-agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Telekom Publications. Kemudian sehingga kini, beliau membuka firmanya sendiri yang mempunyai cawangan dalam dan luar negara.

Yang paling penting adalah penglibatan, perjuangan dan sumbangannya dalam gerakan masyarakat sivil yang sangat signifikan kepada agama, bangsa dan tanah air.

Paling signifikan, beliau merupakan pengerusi sekretariat penganjur bagi himpunan terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu Himpunan 812 Bantah ICERD 2018 di Dataran Merdeka.

Beliau juga dikenali sebagai figura utama bagi siri-siri pembongkaran pencerobohan tanah Raub dan serata Pahang. Selain itu, beliau seringkali menjadi pusat rujukan dan vokal mengenai isu-isu berkenaan Tanah Rizab Melayu yang kian meruncing.

Malah, banyak perjuangan yang didokong oleh beliau telah memberikan impak dan perubahan yang penting kepada pembelaan terhadap isu-isu berkenaan agama, bangsa dan tanah air seperti Kempen Beli Produk Muslim (BMF), Perundangan Syariah, isu-isu akidah dan sebagainya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Juruaudit Ernst & Young
  • Penolong Pengurus Kewangan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Akauntan Telekom Publications
  • Ahli Perniagaan

Perjuangan:

  • PENGANJURAN HIMPUNAN BANTAH ICERD - Dikenali sebagai Himpun 812 atau Daulat 812 telah dianjurkan oleh UMMAH mengumpulkan sejuta umat.
  • PEMBONGKARAN CEROBOH TANAH RAUB - Perjuangan isu tanah di Raub dan Tanah Rizab Melayu di Malaysia.
  • PEMBELAAN RIDER PENGHANTAR Pembelaan rider penghantar makanan yang dizalimi di mahkamah.
  • PEMBELAAN ALLAHYARHAM ADIB - Lantang memperjuangkan keadilan buat Allahyarham Adib Kassim yang telah meninggal dunia dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
  • KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM (BMF) - Penggerak utama Kempen Beli Produk Muslim (BMF) di peringkat nasional untuk memberi lonjakan kepada ekonomi umat Islam.
  • BANTAHAN TUNTUTAN COMANGO - Membantah tuntutan COMANGO di United Nations (Geneva).
  • KEMPEN BANTAH SALAHGUNA KALIMAH ALLAH - Membantah salahguna kalimah Allah oleh bukan Islam
  • SEKRETARIAT PEMERKASAAN MAHKAMAH SYARIAH - Membentang cadangan-cadangan pemerkasaan mahkamah dan sistem Syariah kepada pihak kerajaan
  • ROM STATUT MEMBANTAH - Berjaya mengubah keputusan kerajaan meratifikasi Statut Rom melalui siri desakan dan kempen.
  • KEMPEN MALAYSIA NEGARA ISLAM - Menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pendidikan:
  • Ijazah Profesional: Association Of Chartered And Certified Accountant (ACCA) di Emile Woolf International - 1987
  • Sarjana Muda Perakaunan di University of Huddersfield, United Kingdom
  • Diploma Perakaunan di UiTM
  • Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah - 1979
  • SMK Temerloh
  • SK Jalan Bahagia, Temerloh
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P88 Temerloh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada