NICOLE WONG SIAW TING

Maklumat Diri
Asal
Bukit Mertajam, Pulau PInang
Tarikh lahir
9/8/1980
Pasangan
Alan Kok Kwong Yoong
Anak
3

Nicole Wong Siaw Ting  merupakan calon Barisan Nasional mewakili MCA  bertanding di parlimen  P158 TEBRAU, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan di Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Beliau adalah Ketua Pemuda MCA wanita pertama dalam sejarah sepanjang 63 tahun. 

Di bawah pengaruh mendiang ayahnya, yang merupakan ahli seumur hidup MCA, Wong menjadi anggota MCA sejak tahun 2001.

Beliau pernah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka pada 2020.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pemuda MCA Kebangsaan (2018-kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Willayah Persekutuan (2018-kini)
  • Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan (2013-2018)
  • Setiausaha MCA Bahagian Batu (2013-2018)
  • Naib Ketua Biro Beliawanis Wanita MCA (2008-2013)

Jawatan dalam kerajaan:

  • Ahli Dewan Negara (2022-kini)
  • Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur (2020-kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (Hrd Corp)(2020-2022)
  • Pengawai Khas Kepada Timbalan Menteri Pendidikan (2017-2018)
  • Pegawai Khas Kepada Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (2009-2010)
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), Tsinghua University, Beijing, China (2021-2022)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepimpinan)(MBA), Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur (Unirazak) (2018-2020)
  •  Diploma Pengurusan Pelancongan, Reliance College Kuala Lumpur (2000-2002)
  •  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min (1993-1998)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chio Min B (1987-1992)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P158 Tebrau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada