Salamiah Mohd Nor merupakan calon Perikatan Nasional mewakili Parti Pas bertanding kerusi Parlimen P88 Termeloh, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang dengan mendapat 30,929 undian ketika menentang Mohd Hasbie Muda dari Pakatan Harapan, Mohd Sharkar Shamsudin dari Barisan Nasional dan Aminuddin Yahya dari Gerakan Tanah Air dengan majoriti undi sebanyak 5,520.
Sebelum menjadi guru kementerian, beliau berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar di sekolah Agama Ihya Al-Syarif, Gunung Semanggol, kemudian ke Sekolah Agama Rakyat Saadah Addaraini di Darul Amin Sungai Gau.
Selama 10 tahun mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hwa Lian, Mentakab, kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Paya Pulai, Temerloh, dan telah menabur bakti hampir sepuluh tahun di sekolah tersebut.
Seorang warga pendidikan dalam masa yang sama bergerak dalam dunia politik dan telah melalui tiga zaman yang berbeza di bawah pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Menurut beliau, semuanya mempunyai cabaran yang berbeza dalam mengikuti arus perkembangan politik tanah air.