Lau Chi Keong Thomas Lau merupakan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di kerusi parlimen P186 Sandakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Parlimen Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau, sempat mengimbas kenangan beliau ketika meneruskan program ramah mesra di Kampung Melayu Bumiputera (Sim-Sim), Jambatan 1 hingga 6, disini, hari ini.Lau, anak jati Sandakan, pernah tinggal di Jambatan 1 yang dikenali sebagai Kampung Pisang di kampung itu lebih 50 tahun lepas semasa beliau masih bersekolah.