Deepak Jaikishan merupakan calon BEBAS bertanding bagi kerusi Parlimen P110(KLANG) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Deepak Jaikishan adalah seorang penjual karpet berumur 50 tahun yang telah menjadi popular kerana pendedahan-pendedahan berani beliau terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia dan isterinya di mana PM dan isterinya telah dihukum oleh Makamah Persekutuan Malaysia kerana rasuah.
Deepak adalah daripada keluarga perintis dalam Pembangunan Hartanah, Pelaburan dan Pembuatan Permaidani dengan pengalaman dua puluh (20) tahun dalam industri.
Beliau telah memulakan operasi pemasaran dan pengedaran pada tahun 1997. Melalui visi dan pandangan jauh beliau terhadap industri permaidani di Malaysia, Mr.Deepak memulakan dan berjaya memperoleh kilang pembuatan permaidani terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Nobel Carpet Sdn.Bhd.