IZZAT JOHARI

Maklumat Diri
Asal
Merbok, Kedah
Anak
4 orang anak

Izzat Johari adalah calon BEBAS bertanding kerusi Parlimen P77 Tanjong Malim pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Izzat Johari juga lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat Johari. Ayahnya adalah seorang bekas polis, guru dan juga pensyarah UPSI/UMS berasal dari Merbok, Kedah. Manakala arwah ibunya pula seorang polis yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

Cikgu Izzat dilahrkan di Kuala Lumpur. Beliau membesar dan menamatkan persekolahan di SM Teknik KL. Pindah ke Hulu Selangor dan melanjutkan pelajaran di Institut Kraf Negara (IKN) di Templer, Rawang. Bekerja di Kelantan dan Kuala Lumpur selama setahun dalam bidang senikraf Batik.

Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di UPSI Tanjong Malim selama empat tahun dalam bidang Pendidikan Seni Komunikasi Visual (Viscom).

Beliau mendirikan rumah tangga dengan orang Jerantut dan mempunyai empat orang cahaya mata. Penempatan pertama beliau ialah mengajar ke SMK Damak, Jerantut dan yang kedua di SMK Triang, Pahang.

Dibuang kerja pada tahun 2015 apabila beliau memperjuangkan isu pendidikan daripada PMR dimansuhkan sehingga PT3 diwujudkan tanpa kajian menyeluruh semat-mata mahu laksanakan PBS.

Menjadi aktivis sepenuh masa di PPIM selama dua tahun. Kemudian, disunting menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri sehingga PRU14.

Kembali menjadi aktivis sepenuh msa dan berpusat di Kuala Lumpur serta terlibat secara langsung dalam Himpunan Bantah ICERD dan Kempen Beli Produk Muslim atau BMF.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Aktivis PPIM
  • Bekas Setiausaha Akbar kepada Menteri
  • Bekas guru
Pendidikan:
  • SM Teknik KL (TIKL)
  • Institut Kraf Negara (IKN) di Templer, Rawang
  • Ijazah sarjana muda di UPSI Tanjong Malim
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P77 Tanjong Malim

Kerusi Bertanding DUN: Tiada