Liau Fui Fui merupakan calon Pakatan Harapan bertanding di kerusi parlimen P185 Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Apabila Datuk Frankie Poon menjemput saya menyertai DAP pada 2018, saya merebut peluang itu tanpa ragu-ragu kerana saya percaya kekuatan politik, apabila digunakan dengan betul, akan dapat membantu lebih ramai orang dan menjadikan Sandakan lebih baik.
Berkhidmat kepada masyarakat sebagai Setiausaha Politik, saya telah mempelajari perjuangan yang dihadapi oleh rakyat atau masyarakat dan saya bersyukur kerana dapat membawa bantuan dan perubahan dalam hidup mereka.
satu-satunya calon wanita di Parlimen Batu Sapi yang akan bersaing bersama Othman Ahmad (Bebas),Boni Yusuf Juanico Abdullah (GTA), Alias Sani (Warisan) dan Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS).