RUSIMAH MOHD DIN

Maklumat Diri
Asal
Labuan
Tarikh lahir
8/6/1980

Calon wanita tunggal bertanding kerusi Parlimen Labuan dalam PRU15, Dayang Rusimah membentangkan enam usul dalam manifesto partinya, antaranya memperkasakan hak dan kedudukan kaum wanita. 

Dayang Rusimah dari calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkata pencalonannya sebagai calon wanita tunggal di Labuan meskipun satu cabaran, namun ianya satu pengikhtirafan kepada golongan wanita.

Enam usul dalam manifesto PBM Labuan menfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Labuan, turut sama memperkasakan ekonomi wanita dengan menyediakan platform pemasaran domestik dan antarabangsa kepada barangan hasil usahawan wanita. 

Dayang Rusimah merupakan ketua bahagian PBM Labuan berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan Universiti, USA. 

Beliau berdepan dengan lima pencabar lain iaitu penyandang, ketua bahagian Parti Warisan Labuan Datuk Rozman Isli, Calon Barisan Nasional Datuk Suhaili dan Datuk Ramle Mat Daly. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Getah Malaysia (MRC) (2021 - sehingga kini)
  • Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan (2020 - sehingga kini)
  • Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Labuan (DPMMNWPL) (2020 - sehingga kini)
  • Lay Kaunselor - Jabatan Pembangunan WP Labuan (2019 - sehingga kini)
  • One Inspira Consultancy - Pengarah Urusan  (2020 - sehingga kini)
  • D Rosette Resources - Pengarah Urusan (2018 - sehingga kini)
  • Koperasi Wanita Pesowna Labuan Berhad Pengerus (2020 - sehingga kini)
  • Pertubuhan Pembangunan dan Sosial Wanita WP Labuan (PESOWNA) - Pengerusi (2019 - sehingga kini)
  • Nation Of Women Negeri Sabah - Pengerusi (2020 - sehingga kini)

Penglibatan Politik 

  • Ketua Wanita Labuan, PKR (2016 - 2020)
  • Timbalan Ketua Wanita Negeri Sabah, PKR (2018 - 2020)
  • Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat, PKR (2019 - 2020)
  • AJK Bahagian Labuan, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (2021)
  • Timbalan Ketua Wanita Malaysia & Ketua Bahagian Labuan PBM (2022 - sehingga kini)
Pendidikan:
  • The Canadian International Matriculation Programme (CIMP), Sunway College (1998 - 1999)
  • Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran, Universiti Western Michigan, Kalamazoo, USA (2000 - 2003)
  • Sarjana Pendidikan (2021 -2022)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bangsa Malaysia
Parti: PBM
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P166 Labuan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada