NIZAM MAHSHAR

Datuk Nizam Mahshar merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili PEJUANG bertanding bagi kerusi P12-Jerai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Datuk Mohd Nizam Mahshar merupakan individu yang berperanan dalam dunia pembuatan polisi negara dan pembangunan masyarakat 
madani di Malaysia. Beliau pernah menganggotai ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC 2.0) dan Majlis Penasihat Perdagangan dan Pelaburan Malaysia (TIAC).

Beliau juga memperjuangkan impak kesan pukat tunda dan aktiviti merosakkan lautan di Kedah dan pantai Semenajung sehingga bersama menubuhkan Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung (JARING). Beliau juga menggerakkan kesedaran isu gejala sosial 
di Kedah dalam memberi kesedaran dan terlibat aktif dengan penubuhan Urusetia Menangani Gegala Sosial (UNGGAS) bersama aktivis-aktivis lain bermula di Sungai Petani, Kedah. Beliau turut terlibat melatih ratusan aktivis dan advokat polisi sepanjang beliau dengan gerakan sivil rakyat.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengasas merangkap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan ahli Lembaga Pengarah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Penang Research Centre in Socio Economy (PReCISE) & Institut Masa Depan Malaysia (MASA).
  • Pengerusi kepada Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan dalam Kelestarian 
    (IDRIS) dan Gerakan KamiMalaysia.
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P12 Jerai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada