WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal adalah calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di kerusi Parlimen P29 Machang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Machang dengan majoriti undi 10,154

Berdasarkan ketetapan parti itu, calon-calon PN di Kelantan akan bertanding menggunakan logo Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

Beliau merupakan Ketua Armada Bersatu Malaysia sejak 2020 hingga kini. 

Beliau dilantik sebagai Senator pada tahun 2020 sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 2021, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Machang
  • Timbalan Menteri Perpaduan Negara (2021-2022)
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2020- 2021)
  • Ketua Armada Bersatu Malaysia (2020-kini)
  • Eksekutif Kanan, TERAJU, Jabatan Perdana Menteri (2011-2012)
  • Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik, PETRONAS (2010-2011)

 

Pendidikan:
  1. King's College London - Sarjana Geopolitik (2017-2018)
  2. Lonodon School of Economics - Sijil dalam Ekonomi Politik dan Pembangunan Antarabangsa (2018)
  3. Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), UTM - Pengajian falsafah dan ketamadunan Islam (2012-2015)
  4. Universiti Teknologi Petronas - Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (2005-2009)
  5. Sekolah Menengah Sains Selangor (2000-2004)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P29 Machang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada