AHMAD AZAM MOHAMAD SALLEH

Maklumat Diri
Telefon
019-987 1361
Email
azamha2013@gmail.com
Asal
Pekan. Pahang
Anak
5 orang

Ahmad Azam Mohamad Salleh merupakan calon Pakatan Harapan (Amanah) bertanding bagi kerusi Parlimen P84 Paya Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau akan bersaing merebut kerusi tersebut bersama calon parti lain iaitu Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah dari Barisan Nasional (UMNO), Aireroshairi Roslan  dari Parti Perikatan Nasional (PAS) dan Rosminahar Mohd Amin dari Gerakan Tanah Air (Pejuang). 

Beliau berasal dari Kampung Mengkasar, Pekan Pahang. Sudah berkeluarga dan dikurniakan lima orang cahaya mata serta empat orang cucu.

Selain itu, beliau juga merupakan pengurus projek mini hidro dan bergiat aktif dalam urusan kemasyarakatan dan kebajikan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengurus Projek Mini Hidro.
  • Pengurus Kanan, Pengurusan Kualiti Pasdec Holdings Berhad Pensyarah sambilan Universiti Awam (UITM)

Penglibatan Politik:

  • Ahli Jawatankuasa Amanah Pahang
  • Ketua Amanah Kuantan
  • Pengarah Biro Pilihan Raya Amanah Pahang

Penglibatan Sosial:

  • Pengerusi Koperasi Komuniti Amanah Pahang Berhad.
  • Setiausaha Koperasi Ummah Sejahtera Pahang Berhad.
  • Yayasan Pusat Aktivis Hidayah.
  • Mantan YDP IKRAM Pekan.
  • Mantan AJK PIBG SMK TG. Panglima Perang, Indera Mahkota.
  • Mantan AJK PIBG Sekolah Rendah Al-Irsyad Kuantan. Mantan AJK PIBG SK Indera Mahkota, Kuantan.
  • Mantan AJK Masjid Al-Muhajirin Indera Mahkota 5.
  • Mantan AJK Masjid Tepian Putra, Kuantan.
Pendidikan:
  • MBA Ijazah Sarjana Pengurusan
  • Perniagaan, UUM
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, UITM
  • Sekolah Menengah Ahmad, Pekan
  • Sekolah Rendah Ahmad, Pekan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P84 Paya Besar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada