Lim Hui Ying merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili DAP bertanding bagi kerusi Parlimen P49-TANJONG pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 28754 undi.
Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Penyertaan beliau dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) sudah lebih 20 tahun iaitu sejak tahun 1999.
Selepas 10 tahun aktif berbakti dalam perjuangan parti,beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Negeri DAP Pulau Pinang pada tahun 2013. Kini, beliau bertanggungjawab untuk mengkoordinasi operasi harian ibu pejabat DAP Pulau Pinang.Setelah lama berkecimpung, pada tahun 2018 beliau dipilih oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk menjadi Senator Dewan Negara.
Beliau memutuskan untuk mengimplementasikan pengalaman dua dekad lebih dalam organisasi dan perkhidmatan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong (P049),dengan harapan untuk menbawa suara rakyat ke Parlimen