WAN RAZALI WAN NOR

Wan Razali Bin Wan Nor merupakan calon Parti Perikatan Nasional (PAS) bertanding bagi kerusi Parlimen P83 Kuantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang dengan mendapat 25,514 undian ketika menentang Datuk Seri Abd Hamid Nazahar dari Barisan Nasional (UMNO), Fuziah Salleh dari Pakatan Harapan (PKR) dan Mejar Anuar Tajuddin (B) dari Gerakan Tanah Air (Pejuang) dengan majoriti undi sebanyak 2,866. 

Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang adalah Pengurus Saluran Negeri Pahang di Pos Malaysia Berhad dan Pegawai Pembangunan Perniagaan Negeri Pahang di Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Manakala, bagi jawatan dalam politik pula sebagai Pengarah Jabatan IT & Dataraya PAS Pahang, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kuantan dan Bendahari PASTI Negeri Pahang.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Open University Malaysia.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kuantan
  • Pengurus Saluran Negeri Pahang di Pos Malaysia Berhad (2013-2022)
  • Pegawai Pembangunan Perniagaan Negeri Pahang di Syarikat Takaful Malaysia Berhad (2003-2012)

Penglibatan Politik:

  • Pengarah Jabatan IT & Dataraya PAS Pahang
  • Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kuantan
  • Bendahari PASTI Negeri Pahang

Khidmat Rakyat:

  • Pengerusi ahli jemaah pengurusan sistem pendidikan Al-Irsyad, Kuantan
  • Pengerusi Pusat Pengajian Darul Maarifah, Jerantut
  • Setiausaha Kelab Persatuan Kesenian & Kebudayaan Kuantan
  • Ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan & Sisial Pahang 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Open University Malaysia
  • STPM: Sekolah Menengah (A) Al-Khairiah, Temerloh
  • SPM: Sekolah Menengah (A) Padang Tengku, Kuala Lipis
  • PMR: Sekolah Menengah (A) Kuala Tembeling, Jerantut
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P83 Kuantan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada