NURUL AMIN HAMID

Maklumat Diri
Asal
Kampung Jeneri, Kedah
Tarikh lahir
15/8/1983
Pasangan
Bushra Mazani
Anak
4

Ustaz Nurul Amin Hamid ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Kedah.

Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah sejak 2019.

Dalam pentadbiran negeri Kedah pasca kemelut politik sejak 2020, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Nurul Amin Hamid merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P7-PADANG TERAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 10959 undi.

Beliau merupakan penerima Anugerah Imtiyaz Kuliyyah Pingat Perak, Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama (STA) Peringkat Negeri Kedah dan menjadi Setiausaha Agung Majlis PErwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Khas Kanan YAB Menteri Besar Kedah
  • Guru besar
  • Pegawai pendidikan
  • Ahli Parlimen Padang Terap

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Malaysia
  • Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia
  • AJK Badan Perhubungan Pas Kedah
  • Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Kedah

Jawatan dalam kemasyarakatan:

  • Pengerusi Lembaga Tadbir, Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop
  • Timbalan Pengerusi Pertubuhan Generasi Kebangsaan
  • Timbalan Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Murrabi (MADAR) Kuala Nerang
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Al-Khairiah, Kupang, Baling (1996-2001)
  • Diploma Usuluddin & Dakwah Kolej Universiti INSANIAH (KUN) (UniSHAMS) (2002-2005)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin & Dakwah, Universiti Al-Azhar, Mesir (2005-2006)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P7 Padang Terap

Kerusi Bertanding DUN: Tiada