Fadhlina Binti Sidek merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16293 undi.
Beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
YB Senator Fadhlina Sidek adalah merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Fadhlina telah memenangi jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat pada pemilihan PKR untuk sesi 2021-2024.
Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden ABIM, Siddiq Fadzil yang telah meninggal dunia pada tahun 2021 lalu.