Mohammad Sollehin bin Mohamad Tajie atau dikenali dengan panggilan Solleh, adalah anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik.
Beliau merupakan alumni Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Pendidikan, dan berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Dari sudut kerjaya, beliau kini merupakan Perunding dan Pengarah Urusan Sari Muhibbah Engineering Sdn Bhd. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Projek Telekosang Hydro One Sdn Bhd dan Hydro Two Sdn Bhd, Pengurus Projek di Aset Bayan Sdn Bhd dan Jurutera di Projek First Solar (M) Sdn Bhd.
Pada tahun 2013, beliau mula aktif dalam bidang politik dengan memegang beberapa jawatan iaitu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Yayasan, Setiausaha Biro Ekonomi Pemuda UMNO Perak, dan Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bukit Gantang. Kemudian, pemuda UMNO Perak telah bersepakat untuk melantik beliau sebagai Pengarah Strategik bermula pada tahun 2018 sehingga ke hari ini.