HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pulau Pasir Mandi, Kerdau
Pasangan
2 orang
Anak
9 orang

Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Latar belakang pendidikan dalam Bahasa Arab dan berkelulusan Sarjana Muda (kepujian) Universiti Kuwait (1987); Sarjana (Kesusasteraan) Universiti St Andrews, Scotland (1992); dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, Scotland (2000).

Datuk Dr Hassan mempunyai sejarah yang panjang dalam dunia akademik termasuk sebagai pensyarah di Universiti Malaya (1987-2011) sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia, Cairo University Mesir (2007-2001).

Beliau juga berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim seterusnya dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Jawatan terakhir ialah sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Beliau akan bertanding di Pahang  bagi kerusi Parlimen P081 Jerantut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 bersama- sama Datuk Mohd Zulkarmi Abu Bakar, calon Barisan Nasional (UMNO) dan Khairil Nizam Khirudin dari Parti Perikatan Nasional (PAS). 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) - 2019-2022
  • Ahli Majlis Pengelola di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah - 2019-2024
  • Mantan TNC Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 2015-2018
  • Mantan Pensyarah Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya (UM) - 1987-2011

Anugerah:

  • Tokoh Maulidur Rasul Negeri Pahang - 2017
  • Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang - 2010
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah di The University of Edinburgh (1999)
  • Ijazah Sarjana Muda di University of St. Andrews (1992)
  • University Kuwait (1987)
  • Kolej Islam Kelang (1982)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P81 Jerantut

Kerusi Bertanding DUN: Tiada