Mohamad Suparadi Md Noor merupakan calon PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P27 (TANAH MERAH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Dato' Sri Mohamad Supardi Md Noor ialah ahli politik Malaysia dari parti PH-PKR.
Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya.
Beliau adalah penaung kepada Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) dan isterinya Datin Sri Siti Noor Asyikin adalah Srikandi penaung PAKAT.
Beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan setelah memperoleh kepercayaan majoriti cabang pada tahun 2018. Beliau menggantikan Ab Aziz Ab Kadir. Beliau juga ialah Ketua Cabang KEADILAN Tanah Merah.
Pada tahun 2018, beliau dilantik menjadi Pengerusi TEKUN oleh kerajaan Pakatan Harapan. Pada tahun 2020, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TEKUN oleh kerana kejatuhan kerajaan PH meskipun disuruh kekal menjawat jawatan tersebut.
Beliau adalah antara penerima darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran 'Dato' Sri' semasa Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada tahun 2017