AHMAD LUQMAN AHMAD YAHAYA

Ahmad Luqman Ahmad Yahaya merupakan calon Pejuang bertanding bagi kerusi Parlimen P58 Bagan Serai, Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Sebagai ahli politik, wawasan dan komitmen beliau adalah penumpuan dalam aktiviti ekonomi hiliran untuk kelestarian perniagaan penjaja dan pengusaha kecil.

Beliau juga mahu membudayakan pendidikan dan kemahiran sebagai teras pembangunan jati diri belia.

Ahmad Luqman turut mahu menambah baik tadbir urus setempat yang mesra rakyat dan mengurangkan karenah birokrasi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah urusan Syarikat Penyelenggaraan dan Pembekalan

Jawatan dalam politik:

  • Exco Ekonomi Pejuang Negeri
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Matang Buloh, Bagan Serai, Perak (1987)
  • Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai  (1989-1990)
  • Sekolah Menengah Sains Raja Tun azlan Shah, Taiping (SERATAS) (1991-1992)
  • Higher National Diploma (Medical Electronics)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P58 Bagan Serai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada