ADAM ADLI ABD HALIM

Maklumat Diri
Tarikh lahir
3/7/1989
Anak
1

Adam Adli Abd Halim merupakan calon Pakatan Harapan yang bertanding kerusi Parlimen P137 Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 8,638 undi.

Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau ialah seorang ahli politik Malaysia yang pernah menjadi aktivis pelajar pada zaman kemahasiswaannya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  • Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
  • Pegawai Advokasi, BERSIH 2.0, Petaling Jaya, Selangor
  • Pemantau Pilihan Raya Antarabangsa , ANFREL, Bangkok, Thailand
  • Ketua Penyelaras, PEKA, Pulau Pinang
  • Editor Kandungan, Alternatif Press / PEKA
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P137 Hang Tuah Jaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada