DR NURUL ASHIKIN MABAHWI

Dr Nurul Ashikin Mabahwi merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili PEJUANG bertanding bagi kerusi Parlimen P99 AMPANG pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Dr. Nurul Ashikin binti Mabahwi merupakan seorang anak muda berkelulusan PhD dalam bidang Sistem Persekitaran Serantau dari Institut Teknologi Shibaura, Jepun. Beliau telah terlibat dalam politik sejak di bangku pengajian dan merupakan Pengasas dan Presiden Kelab Bunga Raya Jepun.

Dr Nurul Ashikin memperolehi Doktor Falsafah dalam Regional Environment  Systems dari Shibaura Institute of Technology, Jepun.

Beliau yang juga pemegang diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana perancang bandar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) aktif secara langsung dalam pengurusan banjir dan bencana alam semasa belajar di Jepun.

Dalam parti, beliau merupakan Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Pencapaian
Kerjaya:
  1. Terlibat dalam kajian-kajian pengurusan banjir dan bencana alam di 'Laboratory of Planning and Regional Resilience', Jepun
  2. Menulis kajian di jurnal tentang pengaruh perancangan bandar terhadap kualiti udara
  3. Mengajar mata pelajaran Geographic Information System (GIS) di Jepun

Jawatan dalam parti

  1. Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Parti Pejuang Tanah Air
Pendidikan:
  1. Shibaura Institute of Technology, Jepun - Doktor Falsafah dalam Regional Environment  Systems.
  2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Sarjana dalam Science in Specialisms of the Built Environment (by research)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perancangan Bandar dan Wilayah 
  4. Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P99 Ampang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada