AZIZUL JULIRIN

Azizul Julirin merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Pejuang bertanding di kerusi parlimen P179 Ranau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau merupakan usahawan pertanian moden dan pelancongan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian  (Akuakultur) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau akan berdepan dengan saingan lima penjuru di Parlimen Ranau melibatkan calon-calon Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, PBRS dan beliau sendiri.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan Pertanian Moden & Pelancongan.
  • Pemilik & Pengarah urusan,Kundasang Aquaform
  • Pembantu Penyelidik,Institut enyelidikan Marin Borneo.
  • Koordinator projek,Sabah Land Development Board
  • Pelatih Industri,Kansai Busan Product Co.Ltd Jepun. 

Penglibatan masyarakat:

  • Ketua Peladang Muda & Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda,Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu (Ranau)
  • Pengerusi,Community Empowerment of Ranau Association (CEMARA)
  • Pengerusi Persatuan Mesilau Atamis Homestay Kundasang
  • Pengerusi Majlis Agropreneur Muda Kebangsaan Negeri Sabah
  • Presiden,Persatuan Tunas Usahawan Muda (PANTAS)
  • Naib Presiden,Tunas Usahawan Nasional (PERTUNAS)
  • EXCO Kepimpinan & Latihan,Majlis Perwakilan Pelajar UMS.
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian  (Akuakultur), Universiti Malaysia Sabah
  • Certified Practitioner Trainer & Learning Facilitator, NLP USA
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P179 Ranau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada