MOHAMMAD RADHI ABDUL RAZAK

Mohamad Radhi Abdul Razak merupakan calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) bertanding bagi kerusi Parlimen P85 Pekan  pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau akan bersaing dengan calon parti lawan yang terdiri daripada Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali dari Barisan Nasional (UMNO), Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dari Parti Perikatan Nasional (PAS), Mohd Naim Zainal Abidin dari Pakatan Harapan (PKR) dan Tengku Datuk Hisham , calon bebas.

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Agrotani dan Setiausaha (SUK) Kerajaan Negeri Perak.

Beliau adalah lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ijazah lanjutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Ketua Setiausaha, JUSA B Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) (2020-2022)
  • Pengarah Bajet Pembangunan Unit Perancang Ekonomi (EPU) (2019-2020)
  • Pengarah Sektoral Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (2002-2015)

Anugerah & Pingat:

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P)
  • JohanMangku Negara (J.M.N)

Sumbangan:

  • Lembaga Pengarah SME Bank
  • Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Lembaga Pengarah Yayasan Bank Rakyat

 

Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pembangunan Kewangan di Hiroshima University
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi di Universiti Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P85 Pekan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada