Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding bagi kerusi Parlimen P9-ALOR SETAR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Alor Setar (September 2018-Mac 2020) dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir
Mohamad (September 2018-Mac 2020).
Kini Beliau merupakan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Julai 2021-kini).