MOHD FAZRUL KAMAT

Maklumat Diri
Asal
Simpang Renggam, Johor

Mohd Fazrul Kamat merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding kerusi Parlimen P151 Simpang Renggam, Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Pemikir Muda Malaysia, Pengerusi Pemikir Muda Johor, dan  AJK Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam.

PRU15 merupakan percubaan pertama beliau bertanding pilihan raya. Beliau akan berdepan calon-calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad, calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik dan seorang calon Gerakan Tanah Air (GTA), Kamal Kusmin dalam pertandingan empat penjuru. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Majlis Daerah Simpang Renggam
  • Setiausaha Agung Pemikir Muda Malaysia
  • Pengerusi Pemikir Muda Johor
  • AJK Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P151 Simpang Renggam

Kerusi Bertanding DUN: Tiada