ROWINDY LAWRENCE ODONG

Rowindy Lawrence Odong merupakan calon Pakatan Harapan bertanding di kerusi parlimen P176 Kimanis pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Anak kelahiran Membakut berusia 40 tahun itu juga mahu membantu lebih ramai anak muda di kawasan Kimanis agar lebih maju dari segi pendidikan.Rowindy adalah calon wanita pertama Kadazandusun Murut (KDM) bertanding di Kimanis dan calon wanita tunggal yang diketengahkan UPKO pada PRU15.

Rowindy merupakan Timbalan Ketua Penerangan UPKO Malaysia, Setiausaha Pergerakan wanita UPKO Pusat, Naib Ketua Bahagian Kota kinabalu dan Bekas Ketua Wanita UPKO Kota Kinabalu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Pegawai Khas kepada Datuk Ewon Benedick 
  • Bekas Pengurus Pembangunan & Pembelajaran hotel
Pendidikan:

Tiada Maklumat

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: UPKO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P176 Kimanis

Kerusi Bertanding DUN: Tiada