AHMAD JUFLIZ FAIZA

Ahmad Jufliz Faiza merupakan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bertanding bagi kerusi Parlimen P107 Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kepada pasangan Juliar Bt Buyong & Arwah Dato' Faiza Thamby Cik, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Mendapat pendidikan awal di St John Institution sebelum menyambung pendidikan undang-undang di University of Staffordshire, UK dan seterusnya Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-undang dari Universiti Malaya.

Menceburi bidang politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2005 sehingga menyandang jawatan Ketua Cabang Setiawangsa sebelum dipecat pada 2016 berhubung aduan salah laku pemilihan parti.

Selepas menyertai PRM. beliau kemudiannya dilantik menjadi Naib Presiden parti itu.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  1. Peguam

Jawatan dalam parti

  1. Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawanga
  2. Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) - kini
Pendidikan:
  • Staffordshire University - Bachelor of Laws (LLB)
  • Universiti Malaya - Master of Comparative Law (L.L.M)
  • St.John's Insitution, Kuala Lumpur 
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Diploma Pascasiswazah undang-undang syariah dan amalan Guaman
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Rakyat Malaysia
Parti: PRM
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P107 Sungai Buloh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada