ROSLAN HASSAN

Roslan Hassan merupakan calon Perikatan Nasional bertanding kerusi Parlimen P89 Bentong, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen tersebut bersama calon parti lawan iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dari barisan Nasional (MCA), Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (DAP), Achik Khalil (Bebas) dan Wong Tack (Bebas). 

Pencapaian
Kerjaya:
  • RH Capital (1 Januari 2018 - Kini)
  • Pengarah Urusan di WP Niaga Sdn Bhd (1 Januari 2018 - Kini)
  • Bekas CEO di Yayasan Wilayah Persekutuan (1 Januari 2008 - 31 Mac 2018)
  • Bekas Pengarah Kewangan di Majlis Getah Malaysia - BSMM (1 Januari 2000 - 2007)
  • Bekas Pengurus Kewangan di Teknosif Sdn Bhd (1988 - 2000)

 

Pendidikan:
  • BA (Hons) Accounting & Finance di Liverpool Moores University
  • M.B.A di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P89 Bentong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada