Armizan Mohd Ali sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Papar meraih 22,620 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 12,224.
Beliau dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak)
Armizan Mohd Ali memulakan penglibatan politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Beliau pernahdilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Politik dan Pidato Pemuda UMNO Malaysia dan Pembantu Khas Kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Seri Hishammudin Hussein.
Pada Kempen Pilihan Raya Umum Ke - 14, Beliau telah di lantik sebagai Ketua Sekretariat Manifesto Orang Muda Pemuda BN Sabah
Namun begitu, beliau telah meninggalkan UMNO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah.
Armizan Mohd Ali menjadi Setiausaha Eksekutif Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 6 April 2019 hingga 2020 dan Naib Ketua PeneranganParti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 2020 hingga kini
Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita,keluarga dan masyarakat Malaysia iaitu Datuk Seri Rina Harun bermula dari 24 April 2020 hingga 16 Ogos 2021.
Armizan Mohd Ali juga merupakan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor