Nicholas Sylvester Berry merupakan calon GTA bertanding di kerusi parlimen P.175 Papar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Tn Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester merupakan pengasas Hidayah Center JIM yang terlibat secara khusus membantu saudara baru yang memerlukan bantuan. Sebelum ini beliau beragama Kristian. Setelah memeluk Islam, beliau mendapat latihan dakwah dari beberapa organisasi Islam Antarabangsa di Amerika Syarikat.
Tn Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester juga merupakan Penceramah dan Peneraju Syarikat Succes Excellence Center Sdn Bhd, SEC. SEC Sdn Bhd yang dterajui oleh Haji Muhammad Nicholas Sylvester telahpun menganjurkan beberapa program yang terbuka kepada umum dan seterusnya akan menganjurkan lebih banyak program-program yang dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat dan juga golongan korporat.
SEC dahulunya dikenali sebagai First Pace Sdn. Bhd. dan bertapak di Plaza Idaman, Kuala Lumpur. Dan kini telah melebarkan sayapnya ke Sabah dengan penubuhan SEC Cawangan Kota Kinabalu. SEC Cawangan Kota Kinabalu berpusat di Menara MAA, Kota Kinabalu, mempunyai sebuah pusat latihan yang bertempat di Inanam Business Center (atas restoran taliban).
SEC Sdn Bhd kini dalam usaha untuk memperkenalkan pendekatan-pendekatan baru dalam bidang latihan kepada golongan korporat dan juga kepada umum. pendekatan yang cukup berbeza dalam bidang latihan pastinya akan memberikan impak yang tinggi dalam sesuatu program latihan, dan ianya pasti akan membawa kepada perubahan yang besar kepada corak pemikiran masyarakat umum dan juga golongan korporat.